Friday 10 February 2012

Sejarah Asal Usul Pendidikan Khas Integrasi Sk Serting Hilir Kompleks.


Program pendidikan khas integrasi di SK.Serting Hilir Kompleks telah dibuka  pada 15 Januari dengan murid seramai 2 orang di sekitar kawasan Felda Serting Hilir, Bandar Baru Serting. Namun begitu bilangan murid bertambah seramai 28 orang menjelang tahun 2012. Kelas ini menempatkan murid – murid istimewa dalam pelbagai jenis kategori masalah pembelajaran yang berumur 7 hingga 14 tahun. Proses pembelajaran adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian pelajaran. Kurikulum ini menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid – murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran supaya mereka dapat berfungsi sebagai individu yang berdikari, berkemahiran dan dapat hidup bermasyarakat.

No comments:

Post a Comment