Friday, 10 February 2012

Latihan Nasyid Maulidurasul 2012









Lawatan PPKI ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti , Ayer Hitam.

Pada 26 Julai  2011 yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sk. Serting Hilir Kompleks telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK ) Ayer Hitam. Seramai 11 murid PPKI telah menyertai lawatan ini. Aktiviti lawatan turut disertai oleh pegawai Jabatan Masyarakat daerah Jempol. Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada murid dan juga guru. Program lawatan sambil belajar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti adalah  merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk melaksanakan aktiviti sosial murid-murid. Aktiviti ini  diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam kehidupan sosial.


 antara guru pengiring yang turut serta.



kak fizah peace yo




anak-anak menikmati jamuan 




terima kasih atas layanan .




 kalau ada sumur diladang 
boleh kami menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang 
boleh kita berjumpa lagi.








Sejarah Asal Usul Pendidikan Khas Integrasi Sk Serting Hilir Kompleks.


Program pendidikan khas integrasi di SK.Serting Hilir Kompleks telah dibuka  pada 15 Januari dengan murid seramai 2 orang di sekitar kawasan Felda Serting Hilir, Bandar Baru Serting. Namun begitu bilangan murid bertambah seramai 28 orang menjelang tahun 2012. Kelas ini menempatkan murid – murid istimewa dalam pelbagai jenis kategori masalah pembelajaran yang berumur 7 hingga 14 tahun. Proses pembelajaran adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian pelajaran. Kurikulum ini menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid – murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran supaya mereka dapat berfungsi sebagai individu yang berdikari, berkemahiran dan dapat hidup bermasyarakat.